Selasa, 03 April 2007

Arab Saudi akan musnahkan permainan Pokemon

RIYADH - Arab Saudi akan merampas dan memusnahkan semua jenis permainan Pokemon berikut terbitnya fatwa yang mengharamkannya kerana terlalu menyerupai perjudian dan berunsur Yahudi.

``Semua permainan Pokemon di pasaran akan dirampas dan dimusnahkan serta-merta,'' kata ketua jabatan memerangi penipuan komersial, Abdul Ali al-Abdul Ali, dipetik oleh Arab News hari ini.

Beliau berkata, mereka telah mengarahkan bea cukai agar tidak meloloskan masuknya permainan atau produk Pokemon.

Katanya, Kementerian Perdagangan juga akan menarik balik produk yang menggunakan Pokemon untuk promosi.

Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah al-Sheikh pada Ahad lalu mengharamkan permainan Pokemon.

Dalam fatwa itu, beliau mengajak semua umat Islam agar berhati-hati dengan permainan tersebut dan perlu menghalangi anak mereka dari bermain dengannya untuk melindungi agama dan kelakuan mereka.

Sheikh Abdul Aziz berpendapat fenomena seluruh dunia mengenai Pokemon, yang diperkenalkan di Jepang pada 1996, merupakan pengaruh buruk.

Beliau berkata, permainan itu menyerupai perjudian kerana terdapat pertandingan, dan konsep watak Pokemon dipercayai berasaskan kepada teori evolusi Charles Darwin, yang ditolak oleh Islam.

Katanya, kebanyakan kartu Pokemon menunjukkan bintang pecah enam, yang merupakan simbol Zionisme antarabangsa dan negara Israel, di samping terdapat simbol salib dalam berbagai bentuk.

Pokemon diciptakan oleh Satoshi Tajiri, berdasarkan kepada minatnya mengumpulkan serangga dan menonton rancangan raksasa di TV ketika masih anak-anak.

Beliau menciptakan permainan video yang mengandung 150 bentuk animasi.
Kejayaan bentuk itu telah berkembang hingga kepada penjualan kartu, komik, serial TV, film dan barang permainan, dengan keuntungan berbilyun dolar. - AFP

Sumber :
• Fatwa Utusan Malaysia
• AFP ( kantor berita Prancis )

Tidak ada komentar:

Posting Komentar